Lawatan Perkongsian Pintar

Lawatan perkongsian pintar telah di adakan pada 24 Februari 2009 anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan Kaunseling. Lawatan yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan membuka minda ini membawa banyak manfaat kepada guru dan pengawas pusat sumber. Tempat yang di lawati ialah SK Sembulan Dan SK Tanjung Aru II. Seramai 4 orang guru pengiring iaitu Pn Quin Maslinah, Pn Norsarizan, Cik Saryaneh dan En.Dino serta 29 pengawas pusat sumber. Lawatan yang bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Sepanjang lawatan tersebut banyak pengetahuan yang telah diperolehi hasil dari perkongsian maklumat. Terima kasih diucapkan kepada guru perpustakaan media SK Sembulan dan SK Tanjung Aru II yang telah sudi menerima kami.

0 Comments:

Post a Comment



Pusat Sumber SKSG 2009