KURSUS LDP 2013

Hari ini merupakan hari pertama guru-guru menghadiri kursus LDP anjuran sekolah. Sepanjang kursus berlangsung guru-guru memberikan sepenuh kotmitmen mereka dengan baik.




KEJAYAAN TAHUN 2013

                      Tahun 2013 merupakan tahun yang membawa pengertian buat guru perpustaakan yang baru iaitu Cikgu Delorita kerana berjaya meraih kejayaan yang pertama buat pusat sumber. Pertandingan Tokoh NILAM peringkat daerah pada 19 Februari baru-baru ini telah membuktikan bahawa murid SBT Sri Gaya layak mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini akan berterusan untuk masa-masa hadapan.


 Johan Tokoh NILAM Bahasa Melayu iaitu adik Mohd Haikal Bin Adzmir dari 6 SK
Johan Tokoh NILAM bahasa Inggeris iaitu adik Mohd Hanif Bin Adzmir dari 6SK
Naib Johan Tokoh NILAM Bahasa Melayu iaitu adik Siti Zulaikha Bt Abd.Latip dari 6 SK

                  Pusat Sumber SBT SK Sri Gaya telah menyertai Kempen Membaca anjuran Perpustakaan Negeri Sabah yang di adakan pada 18 Februari di Suria Sabah yang melibatkan 18 orang murid dan 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Delorita, Cikgu Halinah dan Cikgu Norsarizan. Pelbagai aktiviti telah disediakan semasa kempen tersebut seperti permainan bahasa, pameran dan sebagainya. 

Cikgu Delorita menerima sumbangan buku dari Perpustakaan Negeri Sabah sebagai wakil Guru Besar.

SUNTIKAN SEMANGAT

Pada hari ini setelah persekolah bermula SK Sri Gaya terus mengorak langkah dengan memulakan programnya yang pertama iaitu Majlis Penyampaian Saguhati sebanyak RM200 kepada murid tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan 5A pada tahun 2012. Seramai 38 murid telah menerima saguhati ini bersama ibu bapa mereka. Majlis ini diadakan bagi memberikan sutikan semangat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini Sesuai dengan pengiktirafan yang dicapai oleh sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menunjukkan bahawa usaha dan semangat warganya yang jitu.


Sebahagian penerima yang menunggu dengan penuh kesabaran


Ibu bapa yang penuh keprihatinan memberikan kerjasama disepanjang majlis berlangsung

 Mendengar amanat yang disampaikan oleh Guru Besar dan YDP PIBG

Tersenyum menerima hasil yang telah dituai















Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SKSG. Selamat kembali ke sekolah untuk tahun 2012. Pendaftaran akan di buka pada 2 Januari bermula 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kepada semua ibu bapa diharapkan dapat menghadirkan diri untuk sesi pendaftaran tersebut. Kepada semua murid dan guru tunaikanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda.

              Hari ini telah diadakan majlis Anugerah NILAM & Projek Wakaf Buku Tahun 6 di dewan terbuka. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 memeriahkan majlis tersebut. Penerima anugerah yang terdiri dari 134 orang murid menerima anugerah NILAM Waja, NILAM Gangsa, NILAM Perak, NILAM Emas dan NILAM Jauhari. Selain daripada itu terdapat penerima bagi hadiah saguhati kategori perintis pustakawan dan pengawas PSS Cemerlang. Tahun ini Pusat Sumber juga menampilkan NILAM Top 5 bagi murid yang mencapai rekod NILAM tertinggi telah menerima hamper alat tulis dan sijil penghargaan. Manakala hadiah bagi kategori Tokoh NILAM peringkat sekolah merupakan hadiah yang lumayan berupa wang tunai sebanyak RM300.

 Murid tahun 1 hingga tahun 6 yang mengamatkan suasana

 Ucapan dari Guru Perpustakaan & Media yang ringkas

 Ucapan Guru Besar yang penuh dengan keramat 

 Wakaf Buku didahului oleh adik Adam Hussin dari 6 Sri Tahan

 Adik Syahiedatul Syahirah dari 4 Sri Ledang penerima Perintis Pustakawan

 Adik Mohd Harraz Danish dari 5 Sri Jerai penerima Perintis Pustakawan

  Pengawas PSS Cemerlang (L) adik Mohd Hanif Adzmir dari 4 Sri Kinabalu

 Pengawas PSS Cemerlang (P) adik Aliyah Akriah dari 2 Sri Kinabalu

  NILAM Top 5 menerima hamper alat tulis dan sijil penghargaan
Adik Mohd Haikal Adzmir dari 4 Sri Kinabalu 432 buah buku
Adik Maizatul Nadzirah dari 3 Sri Kinabalu 454 buah buku
Adik Nursyafiqah Mohd Paris dari 6 Sri Kinabalu 475 buah buku
Adik Mohd Hanif Adzmir dari 4 Sri Kinabalu 635 buah buku
Adik Siti Zulaikha Hj.Abd.Latip dari 4 Sri Kinabalu 854 buah buku

Adik Anselm yang telah menyumbang RM860 pada Jogathon Sutera Habour.

Tahniah kepada semua penerima anugerah.....


Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini dan istimewa kepada Guru Besar Hj.Abdul Gahni Hj.Mohd Kassim, GPK HEM Encik Mohd Nordin Aziz, GPK Kokurikulum Encik Jaukal Hadjiran, Cikgu Dino, Cikgu Mohd Jusmaimie, Cikgu Nurikah, Cikgu Masnah, Cikgu Halinah, Cikgu Asrah, Cikgu Mariani, Cikgu Salasiah, Cikgu Alice dan Ustazah Saryaneh.


Pada hari Rabu, 2 November 2011 tepat jam 9.30 pagi telah dijalankan program 'Read Together' sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia yang diadakan serentak diseluruh negera. program ini melibatkan semua warga sekolah termasuk murid, guru dan kakitangan sekolah membaca buku dalam bahasa Inggeris. Program yang dijalankan selama 33 minit ini mendapat sambutan yang hangat dari semua peserta.


 Membaca bersama selama 33 minit.....

 Murid prasekolah juga tidak ketinggalan.

 Para guru yang rajin membaca.

Pelbagai gaya bacaan dapat dilihat.

INFO TERBARU

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya akhirya blog ini mendapat ruang masa untuk dikemaskini. Pelbagai peristiwa dan kejadian menarik telah dilaksanakan di SKSG namun kerana terdapat beberapa halangan maka ruangan blog ini tidak dapat dikemaskini. Insyallah.....pada masa yang akan datang blog ini akan kembali memaparkan maklumat terbaru.

;;
Pusat Sumber SKSG 2009