Demi masa........

INFO SEMASA
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA 1.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG KEHADIRAN ADALAH WAJIB BAGI MURID TAHUN 3 & TAHAP 2 < PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Walaupun blog ini tidak secantik blog yang pernah anda lawati namun diharapkan dapat memberi serba sedikit info yang berguna buat anda semua.
Biodata Diriku
Sembang Info
Senarai Blog Saya
-
Hello world! - Welcome to your brand new blog at Edublogs! To get started, simply visit your blog’s dashboard, edit or delete this post and check out all the other option...Setahun yang lalu
-
10 Tips For A Successful Date - Best Tips For A Successful DateJust for the sake of argument, let's define a successful date by one that has left you smiling and anticipating a second one...11 tahun yang lalu
-
Sekilas Majlis Perpisahan Us Zahar Dan Ustazah Halimah - Panitia Pendidikan Islam SKSG lama menyepi ekoran berpindahnya Admin ( Us Zahar ), kini saya cuba sedaya upaya menggerakkan semula nadinya moga2 ia akan te...11 tahun yang lalu
-
-
Hari ini telah diadakan majlis Anugerah NILAM & Projek Wakaf Buku Tahun 6 di dewan terbuka. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 memeriahkan majlis tersebut. Penerima anugerah yang terdiri dari 134 orang murid menerima anugerah NILAM Waja, NILAM Gangsa, NILAM Perak, NILAM Emas dan NILAM Jauhari. Selain daripada itu terdapat penerima bagi hadiah saguhati kategori perintis pustakawan dan pengawas PSS Cemerlang. Tahun ini Pusat Sumber juga menampilkan NILAM Top 5 bagi murid yang mencapai rekod NILAM tertinggi telah menerima hamper alat tulis dan sijil penghargaan. Manakala hadiah bagi kategori Tokoh NILAM peringkat sekolah merupakan hadiah yang lumayan berupa wang tunai sebanyak RM300.
Murid tahun 1 hingga tahun 6 yang mengamatkan suasana
Ucapan dari Guru Perpustakaan & Media yang ringkas
Ucapan Guru Besar yang penuh dengan keramat
Wakaf Buku didahului oleh adik Adam Hussin dari 6 Sri Tahan
Adik Syahiedatul Syahirah dari 4 Sri Ledang penerima Perintis Pustakawan
Adik Mohd Harraz Danish dari 5 Sri Jerai penerima Perintis Pustakawan
Pengawas PSS Cemerlang (L) adik Mohd Hanif Adzmir dari 4 Sri Kinabalu
Pengawas PSS Cemerlang (P) adik Aliyah Akriah dari 2 Sri Kinabalu
NILAM Top 5 menerima hamper alat tulis dan sijil penghargaan
Adik Mohd Haikal Adzmir dari 4 Sri Kinabalu 432 buah buku
Adik Maizatul Nadzirah dari 3 Sri Kinabalu 454 buah buku
Adik Nursyafiqah Mohd Paris dari 6 Sri Kinabalu 475 buah buku
Adik Mohd Hanif Adzmir dari 4 Sri Kinabalu 635 buah buku
Adik Siti Zulaikha Hj.Abd.Latip dari 4 Sri Kinabalu 854 buah buku
Adik Anselm yang telah menyumbang RM860 pada Jogathon Sutera Habour.
Tahniah kepada semua penerima anugerah.....
Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini dan istimewa kepada Guru Besar Hj.Abdul Gahni Hj.Mohd Kassim, GPK HEM Encik Mohd Nordin Aziz, GPK Kokurikulum Encik Jaukal Hadjiran, Cikgu Dino, Cikgu Mohd Jusmaimie, Cikgu Nurikah, Cikgu Masnah, Cikgu Halinah, Cikgu Asrah, Cikgu Mariani, Cikgu Salasiah, Cikgu Alice dan Ustazah Saryaneh.
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
ANDA TETAMU NO :
KENALI KAMI
Jom mari ke Pusat Sumber SKSG. Kami menyediakan kemudahan seperti peminjaman, pemulangan, bahan bacaan yang terkini dan buku NILAM. Segeralah menjadi ahli kami. Dapatkan kad ahli kami yang terkini. Pusat Sumber SKSG bagus bah......
SEJARAH PUSAT SUMBER
Bangunan Pusat Sumber SKSG kini adalah dahulunya merupakan sebuah bangunan projek kilat yang telah dibina pada tahun 1999. Pada waktu itu Pusat Sumber terletak di tingkat 2 bangunan blok A. Namun untuk mengatasi masalah penggunaannya yang ditahap minima, maka pusat sumber telah dipindahkan pada penghujung tahun 2006. Kini ia telah beroperasi dengan jayanya untuk memberi peluang kepada murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi dan visi sekolah, pusat sumber akan terus berusaha untuk menjadi pusat maklumat terkini pada warganya.