KEJAYAAN TAHUN 2013

                      Tahun 2013 merupakan tahun yang membawa pengertian buat guru perpustaakan yang baru iaitu Cikgu Delorita kerana berjaya meraih kejayaan yang pertama buat pusat sumber. Pertandingan Tokoh NILAM peringkat daerah pada 19 Februari baru-baru ini telah membuktikan bahawa murid SBT Sri Gaya layak mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini akan berterusan untuk masa-masa hadapan.


 Johan Tokoh NILAM Bahasa Melayu iaitu adik Mohd Haikal Bin Adzmir dari 6 SK
Johan Tokoh NILAM bahasa Inggeris iaitu adik Mohd Hanif Bin Adzmir dari 6SK
Naib Johan Tokoh NILAM Bahasa Melayu iaitu adik Siti Zulaikha Bt Abd.Latip dari 6 SK

                  Pusat Sumber SBT SK Sri Gaya telah menyertai Kempen Membaca anjuran Perpustakaan Negeri Sabah yang di adakan pada 18 Februari di Suria Sabah yang melibatkan 18 orang murid dan 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Delorita, Cikgu Halinah dan Cikgu Norsarizan. Pelbagai aktiviti telah disediakan semasa kempen tersebut seperti permainan bahasa, pameran dan sebagainya. 

Cikgu Delorita menerima sumbangan buku dari Perpustakaan Negeri Sabah sebagai wakil Guru Besar.

0 Comments:

Post a Comment



Pusat Sumber SKSG 2009