Demi masa........

INFO SEMASA
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA 1.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG KEHADIRAN ADALAH WAJIB BAGI MURID TAHUN 3 & TAHAP 2 < PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Walaupun blog ini tidak secantik blog yang pernah anda lawati namun diharapkan dapat memberi serba sedikit info yang berguna buat anda semua.
Biodata Diriku
Sembang Info
Senarai Blog Saya
-
Hello world! - Welcome to your brand new blog at Edublogs! To get started, simply visit your blog’s dashboard, edit or delete this post and check out all the other option...Setahun yang lalu
-
10 Tips For A Successful Date - Best Tips For A Successful DateJust for the sake of argument, let's define a successful date by one that has left you smiling and anticipating a second one...11 tahun yang lalu
-
Sekilas Majlis Perpisahan Us Zahar Dan Ustazah Halimah - Panitia Pendidikan Islam SKSG lama menyepi ekoran berpindahnya Admin ( Us Zahar ), kini saya cuba sedaya upaya menggerakkan semula nadinya moga2 ia akan te...11 tahun yang lalu
-
-
Majlis Pelancaran Kempen Membaca dan Projek Wakaf Buku peringkat sekolah telah diadakan pada 30 April 2009 bertempat di dewan terbuka SKSG. Semua murid tahap 1 telah menyertai kempen ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Shamiun Bin Salleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah. Majlis ini juga telah diserikan dengan sesi penyerahan simbolik NILAM Kelompok dari wakil Perpustakaan Negeri Sabah iaitu Encik Awang Ali Bin Mohali. Bagi menceriakan lagi majlis ini persembahan 'puppet show' dari murid tahun 5 dan 'story mate' dari adik Siti Zulaikha Abdul Latip dari tahun 2 telah berjaya menarik minat murid tahap 1 untuk setia disepanjang majlis tersebut. Projek Wakaf Buku juga telah disertai oleh murid tahun 6 yang telah menyumbang buku kepada sekolah. Projek ini bertujuan menanam sifat cintakan sekolah kepada murid sebelum mereka melangkah ke tingkatan 1. Disamping itu juga untuk menambah koleksi pusat sumber. Semasa majlis tersebut turut diadakan jualan buku dengan kerjasama dengan Syarikat Buku Putatan. Kepada semua yang telah menjayakan majlis pelancaran ini diucapkan jutaan terima kasih.
0 Comments:
ANDA TETAMU NO :
KENALI KAMI
Jom mari ke Pusat Sumber SKSG. Kami menyediakan kemudahan seperti peminjaman, pemulangan, bahan bacaan yang terkini dan buku NILAM. Segeralah menjadi ahli kami. Dapatkan kad ahli kami yang terkini. Pusat Sumber SKSG bagus bah......
SEJARAH PUSAT SUMBER
Bangunan Pusat Sumber SKSG kini adalah dahulunya merupakan sebuah bangunan projek kilat yang telah dibina pada tahun 1999. Pada waktu itu Pusat Sumber terletak di tingkat 2 bangunan blok A. Namun untuk mengatasi masalah penggunaannya yang ditahap minima, maka pusat sumber telah dipindahkan pada penghujung tahun 2006. Kini ia telah beroperasi dengan jayanya untuk memberi peluang kepada murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi dan visi sekolah, pusat sumber akan terus berusaha untuk menjadi pusat maklumat terkini pada warganya.