KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Program Gerakan Tabiat Membaca akan dijalankan sempena pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia yang akan diadakan pada 26 Oktober 2009 hingga 5 November 2009. Antara program yang akan dijalankan sepanjang kem ini ialah aktiviti membaca bersama, SEMAI, bercerita, info hunt, pertandingan mewarna, pertandingan buku skrap, klinik membaca dan rakan pembaca. Majlis pelancaran kem tersebut akan diadakan pada 30 Oktober 2009 yang akan menampilkan persembahan dari tokoh-tokoh pembaca dan murid-murid yang terlibat dengan sketsa lagu. Manakala majlis perasmian kem ini akan diadakan pada 9 November 2009 dan dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En.Juhari Janan. Diharapkan aktiviti disepanjang kem ini akan membudayakan lagi budaya membaca di SK Sri Gaya.

0 Comments:

Post a Comment



Pusat Sumber SKSG 2009