Kem Membaca 1 Malaysia telah rasmi ditutup pada 09 Oktober 2009 oleh Yang DiPertua PIBG iaitu En.Juhari Janan JP. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dimeriahkan dengan majlis penyampaian hadiah aktiviti sepanjang kem, anugerah NILAM dan projek wakaf buku bagi murid tahun 6. Semasa majlis berjalan ketibaan rombongan  SK Felda Bandar Pusat, Kuantan Pahang telah datang melawat ke sekolah. Ketibaan mereka memeriahkan lagi perjalanan majlis tersebut.





Ucapan Perasmian Penutupan oleh YDP PIBG


Murid menanti acara seterusnya.....


Projek Wakaf Buku dari Tahun 6


Adik Siti Zulaikha dari 2 Sri Kinabalu dengan bacaan buku 537 telah memenangi sebuah basikal dan RM200 serta sijil penghargaan.



Adik Nur Farah Izyani dari 4 Sri Kinabalu dengan bacaan buku 410 telah menerima sebuah basikal dan sijil penghargaan.

0 Comments:

Post a Comment



Pusat Sumber SKSG 2009