Demi masa........

INFO SEMASA
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA 1.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG KEHADIRAN ADALAH WAJIB BAGI MURID TAHUN 3 & TAHAP 2 < PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Walaupun blog ini tidak secantik blog yang pernah anda lawati namun diharapkan dapat memberi serba sedikit info yang berguna buat anda semua.
Biodata Diriku
Sembang Info
Senarai Blog Saya
-
Hello world! - Welcome to your brand new blog at Edublogs! To get started, simply visit your blog’s dashboard, edit or delete this post and check out all the other option...Setahun yang lalu
-
10 Tips For A Successful Date - Best Tips For A Successful DateJust for the sake of argument, let's define a successful date by one that has left you smiling and anticipating a second one...11 tahun yang lalu
-
Sekilas Majlis Perpisahan Us Zahar Dan Ustazah Halimah - Panitia Pendidikan Islam SKSG lama menyepi ekoran berpindahnya Admin ( Us Zahar ), kini saya cuba sedaya upaya menggerakkan semula nadinya moga2 ia akan te...11 tahun yang lalu
-
-
Buat julung kalinya, Pusat Sumber dengan kerjasama PIBG telah mengadakan program BACATON bagi mengutid dana membina laluan berbumbung serta satu ruangan khas di pusat sumber. Program BACATON merupakan cara mengutip derma melalui pembacaan di mana murid perlu membaca dihadapan ibu bapa, saudara-mara, rakan-rakan atau guru mengikut tahap kesesuaian bacaan mereka. Setelah mendengar bacaan murid, penderma akan menyumbang seikhlas hati mereka. Program ini telah dijalankan pada 04 September dan berakhir pada 20 September 2010. Sehingga kini pungutan masih dijalankan. Hadiah cabutan bertuah berupa 3 buah KAMUS ELEKTRONIK BESTA dan sebuah KOMPUTER RIBA menanti untuk pemungut derma yang mendapat pungutan sebanyak RM100 ke atas. Manakala bagi pemungut derma yang tertinggi bakal menerima hadiah berupa sebuah basikal. Oleh yang demikian, kepada semua murid SKSG gandakan usaha anda untuk membantu sekolah.
0 Comments:
ANDA TETAMU NO :
KENALI KAMI
Jom mari ke Pusat Sumber SKSG. Kami menyediakan kemudahan seperti peminjaman, pemulangan, bahan bacaan yang terkini dan buku NILAM. Segeralah menjadi ahli kami. Dapatkan kad ahli kami yang terkini. Pusat Sumber SKSG bagus bah......
SEJARAH PUSAT SUMBER
Bangunan Pusat Sumber SKSG kini adalah dahulunya merupakan sebuah bangunan projek kilat yang telah dibina pada tahun 1999. Pada waktu itu Pusat Sumber terletak di tingkat 2 bangunan blok A. Namun untuk mengatasi masalah penggunaannya yang ditahap minima, maka pusat sumber telah dipindahkan pada penghujung tahun 2006. Kini ia telah beroperasi dengan jayanya untuk memberi peluang kepada murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi dan visi sekolah, pusat sumber akan terus berusaha untuk menjadi pusat maklumat terkini pada warganya.