Pada 27 Oktober 2010 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum di dewan terbuka SKSG. Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 diraikan mengikut anugerah masing-masing. Antara anugerah yang disampaikan ialah anugerah kehadiran penuh, anugerah pencapaian tertinggi daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa serta anugerah khas kokurikulm. Majlis yang dihadiri oleh Dr.Hj. Mohd Kasssim iaitu pegawai pelajaran daerah kota kinabalu bagi merasmikan majlis tersebut diserikan dengan persembahan angklung dan tarian. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan diharapkan lagi kukurikulum cemerlang sekolah gemilang.

0 Comments:

Post a Comment



Pusat Sumber SKSG 2009